Teen World

  Dunia dah moden , alaf baru .. anak-anak yang lahir dalam zaman ini dibesarkan dengan penuh kesenangan dan kemewahan .. Dengan teknologi , gadgets dan lap top yang berada di depan mata ,begitu mudah melalaikan mereka . Dunia mereka dalam hiburan ..games , music , media social and so on yang keterlaluan membuatkan mereka alpa untuk fokus mengejar perkara yang lebih penting , iaitu belajar .
  Sy bekerja di sebuah pusat tuisyen , sy mengajar murid-murid sekolah rendah . Kadang-kadang sy akan ajar juga pelajar sekolah menengah . Sangat menyedihkan bila sy nampak sesetengah pelajar berumur belasan tahun kurang tertarik untuk belajar dan lebih leka melayan gadgets masing-masing , bergurau dan berbual kosong dengan rakan-rakan . Mereka lebih seronok berbual tentang games , facebook , wechat , youtube and so on yang tak ada kaitan langsung dengan pelajaran . Rasa sedih sebab mak ayah mereka sanggup bayar yuran tuisyen semata-mata nak kan anak-anak mereka belajar dan jadi pandai . Tapi , apa yang dilakukan oleh si anak sangat tidak patut . Mereka langsung tidak menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang penting dan serious . Mak ayah mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak , sanggup berkorban apa saja untuk mereka agar kehidupan mereka senang di kemudian hari , tapi anak-anak tak pernah faham pengorbanan dan jasa mak ayah . Sebagai seorang pendidik , kita hanya mampu memberi nasihat dan menyedarkan mereka dengan cara yang terbaik dan rasional .
  Susah payah mak ayah dan pengorbanan  mereka perlu dibalas , sekurang-kurangnya dengan cara belajar bersungguh-sungguh . Sedikit kejayaan pun mampu membuat mereka bangga dan tersenyum . Tanggungjawab seorang anak adalah berbakti sebaiknya untuk mak ayah . Bukannya berhibur , lebih mementingkan pergaulan dengan rakan-rakan sedangkan duit sendiri pun mak ayah yang bagi . "Bila awak bergelar seorang PELAJAR , tanggungjawab awak adalah BELAJAR" , tinggalkanlah hiburan , tak salah berhibur tapi jangan sampai melalaikan . Fokus pada tujuan dan matlamat seorang pelajar . Belajar sungguh-sungguh , bahagiakan mak ayah . Jadi anak yang baik , doakan kesejahteraan mereka .
  Keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak ayah . Syurga kita pada mereka :) Jagalah mereka , jagalah hati mereka . Semoga Allah redha .

Popular Posts